Sunday 16 April 2017

Menurut beliau,ketika melalui kawasan Segitiga Bermuda,keadaan sekeliling sama ada langit,lautan,kiri atau kanan putih seperti kapas.Tiada lain yang beliau ingatkan pada ketika itu kecuali Allah dan beliau.......

BERMUDA Triangle atau dalam Bahasa Melayu, Segitiga Bermuda merupakan satu kawasan di barat Lautan Atlantis yang dilingkari satu garisan bayangan, seluas 1,140,000 km persegi (lebih kurang 440,000 batu persegi).

Bermula dari Pulau Bermuda ke Florida kemudian ke Puerto Rico dan berpatah semula ke Pulau Bermuda.

Di kawasan segitiga ini berlaku banyak kehilangan kapal laut dan kapal terbang tanpa dikesan.Sebelum dikenali sebagai Bermuda Triangle atau Segitiga Bermuda dikenali dengan banyak nama.

Antaranya adalah Segitiga Syaitan,Kawasan Kehilangan; Segitiga Maut dan lain-lain lagi.la memperolehi nama Bermuda Triangle setelah tersiar sebuah rencana berjudul The Deadly Bermuda Triangle dalam majalah Argosy sekitar tahun 1964.

Seorang juruterbang yang juga anak Malaysia, Kapten Dion Abu Bakar, pernah mengalami kejadian aneh di Segitiga Bermuda.Menurut beliau, ketika melalui kawasan Segitiga Bermuda, keadaan sekeliling sama ada langit, lautan, kiri atau kanan putih seperti kapas.

Tiada lain yang beliau ingatkan pada ketika itu kecuali Allah dan beliau melaungkan Azan.Sejurus selepas itu keadaan kembali seperti sediakala tetapi pesawat yang dipandu beliau berada dalam keadaan ‘spiral dive’ menjunam ke laut.

Namun kecekapan beliau memandu kapal terbang menyebabkan kapal terbang dapat dikawal sepenuhnya dan akhirnya beliau selamat tiba di Florida.

Mengenai Kapten Dion, dia pernah menjadi seorang juruterbang sewa khas untuk syarikat penerbangan Air America sekitar 1970-an.

Menurut Dion, dia mempelajari ilmu penerbangan di Singapore Flying Club pada tahun 1964 sebaik sahaja menamatkan pelajaran peringkat sekolah menengah.

Antara kapal terbang yang pernah dipandunya ialah Hercules C130, Boeing 747 dan 757 serta Airbus 320.

Kata Dion, pengalaman selama lebih 40 tahun sebagai juruterbang membolehkan dia menguasai lebih 10 bahasa.

Beliau pernah menghiasi muka depan majalah Her World pada tahun 1977 selain berlakon dalam filem terbitan Hollywood iaitu Beyond Rangoon dan beberapa filem tempatan seperti Bisikan Cinta dan Driving School.

Kapten Dion meninggal dunia beberapa tahun lepas di Pekan, Pahang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

Friday 8 April 2016

Hari Persandingan Rahim Dan Yana Di Kuala Pilah Pada 9/1/2016


Kitorang mulakan perjalanan(Ajiphuda Family) dari Pandan Indah seawal jam 10:00pagi dan keluarga sebelah sana pulak(Halijah Family) dari Kemensah pun bergerak dalam masa yang sama kalau tak silap.





Si pengantin dah gerak awal sebab nak prepare apa yang patut kat Kuala Pilah.



Jadi kitorang mulakan perjalanan dan dalam perjalanan tu kitorang singgah kejap di RnR Lekas Highway untuk sarapan pagi,so sempat la bergambar sekejap buat kenangan dan jadikan tempat berkumpul sebab ipar raman dari Gombak,pun follow skali.


                                                 Mak dengan Mak Mentua bila bergambar







                                     
Akhirnya kitorang sampai kat Pekan Kuala Pilah seawal jam 11:30pagi tapi bukan kat rumah pengantin tapi di sebuah hotel sementara sebab pengantin lelaki menginap kat sini untuk persiapan persandingan.

Hotel kecik jer so bila da ramai datang memang tak muat la nak masuk join skali,ambik keputusan kitorang lepak kat Taxi Station.




                            Yang dua orang ni otw jugak tapi jauh laa sikit,orang utara katakan....



        


Ngantuk ke apa tu




Dah dekat tengahari,ada jugak la yang lapar,nasib baik sebelah Taxi Station tu ada kedai mamak.






Dah siap makan apa bagai,sebelum bergerak kitorang ambik satu pic sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan.Masa ni dah nak masuk pukul satu lebih rasanya.


Sebelum sampai ke rumah pengantin perempuan kitorang singgah kat Petronas kejap sebab nak siapkan apa yang patut tapi masa ni memang agak kelam kabut laa jugak sebb masalah sampin rahim yang tak dapat nak disettlekan.
Punya la lama kitorang nak pakaikan sampin sebab masing2 memang takda pengalaman langsung dalam hal ni,nasib baik laa dalam pertolongan ipar raman,mira dan mak mentua akhirnya selesai jugak masalah ni.




Tak tau laa apa perasaan ko masa ni rahim...




Akhirnya kitorang sampai jugak di perkarangan rumah pengantin perempuan walaupun ada sedikit masalah sebelum sampai ke sini.

Masa untuk berarak.


Inilah rupa abang ipar si raman(berbaju merah)


Kemain yea ko Matnor,,,ko bila pulak...?








Peace!!!


Raman n Family


Abang ipar Raman,Along n Family


Tak banyak gambar pengantin tengah bersanding dapat ambik masa ni,sorry yea yim...

Beberapa jiran Kemensah yang datang memeriahkan suasana majlis.




Selepas seisi makan beradat






Jangan tanya kenapa gambar raman macam ni.

Matnor pun peace,hehehe....


Beberapa member Kemensah yang turun ke Kuala Pilah




Sempat jugak korang berdua berPeace yea...sempat jugak la pic korang disnap,hahahaha....






Hahaha...photobomb by Imran









On The Way ke Melaka

Lepas selesai Majlis,memang dari awal dah merancang nak ke Melaka,sebab dah dekat jadi kitorang pun teruskan perjalanan berkonvoi beramai2 cuma pasangan pengantin jer yang tak ikut sekali sebab,,,,,,faham2 jer lah...



Akhirnya sampai jugak kitorang kat tempat yang dituju.

First skali kitorang sampai kat Pantai Klebang yang asalnya nak menginap kat Bustel tapi tak jadi atas sebab2 tertentu so takde gambar yang nak di postkan sebab tak sempat nak snap apa2,jadi lepas dari sini kitorang pun terus menghala ke Bandar Melaka,ke tempat kedua,,,iaitu Menara Taming Sari.

Terang mata si kinting ni,padahal jalan jauh tu...

Tak tau nak buat apa masa ni,nak naik roda tu pun mahal,dapat tengok dari jauh jer laa...sabar yea matnor,,,len kali bila kita datang sini lagi kita prepare duit lebih sikit.

Lepas dari sini kitorang pun bergerak ke lokasi sebelah,The River Cruise,tak jauh pun sebelah jer dalam jarak 100meter kalau tak silap.



Sempat laa berposing bagai kat sini.


Lepas jer dari River Cruise terus menghala ke Ikan Bakar Sungai Muara.



Masa ni lebih kurang pukul 9:50mlm kitorang sampai,bila nak masuk ambik meja,,ni la gayanyer,kena beratur panjang(mungkin hari lain ok kot sebab masa ni Sabtu) untuk dapatkan meja yang diuruskan oleh brader botak yang jaga pintu depan tu.

Masa ni Raman tak jadi join sebab anak dia dah mengantuk sangat jadi dia ambik keputusan untuk gerak dulu balik ke K.L.

So tinggal la kitorang jer yang lepak makan kat sini,jadi bagi sesiapa yang berhajat nak makan ikan bakar memang ok la sebab boleh pilih ikan fresh depan mata siap bole picit2 lagi untuk tau ok ke tidak ikan tu fresh ke apa ke tapi bagi yang berhajat nak makan Ala Carte cari laa kedai lain sebab cuma hidangan bakar jer yang disediakan oleh pihak restoran sebab tu adalah trademark dia,mungkin la kot....

Selesai makan kat sini kitorang pun dah macam tak nak pikir panjang sebab masing2 pun dah penat sehari suntuk ke hulu ke hilir,jadi keputusannya yang terbaik,start kereta terus menghala ke highway Plus untuk pulang ke K.L.

Jadi dari pagi sampai ke tengah malam berbekalkan beberapa gambar yang sempat di snap,dapatlah story ni di catatkan untuk kenangan kami sekeluarga untuk dilihat,ditonton atau dibaca oleh cucu cicit kitorang yang mungkin akan bertambah pada masa akan datang.
Akan bertambah?
Mungkin Rahim n Yana?
Adam n Mira atau 
Daim n Fasihah?

Matnor n...?

........................Assallamuallaikum