Monday, 23 December 2013

Suasana berniaga dikompleks Muhibah Taman Nirwana

Suasana berniaga dikompleks Muhibah Taman Nirwana,Kampung Pandan di awal pagi sabtu dan ahad.

Bagi sesiapa yang berkelapangan di pagi ahad atau sabtu bolehlah membawa keluarga berjalan-jalan sambil mencuci mata kerana terdapat pelbagai barangan yang dijual seperti pakaian,tudung,barangan am sehinggalah ke barangan lelaki dan juga wanita dan tak lupa juga kanak-kanak.

Juga terdapat pelbagai juadah sarapan pagi dan juga pelbagai masakan lauk pauk ditengahari.

Bagi kaum wanita bolehlah heret sang suami ke pasar basah yang juga terdapat di hujung kanan bangunan.

Perniagaan bermula dari awal pagi(8.00pagi) hingga 3petang.

No comments:

Post a Comment