Saja berjalan ahad lepas(2/3/2014)mandi-manda kat sungai Chongkak,Hulu Langat sebab air dekat kawasan rumah boleh pulak tiba-tiba takde,itu yang terus terfikir nak kesini.
Diluar pintu masuk sungai Chongkak,ramai keluarga menghantar anak kesini untuk aktiviti riadah bersama guru masing-masing.
Bukan satu tapi berpuluh lagi meja dan kerusi berbumbung dan tidak berbumbung disediakan pihak berwajib.
Dalam kesunyian bertemankan bunyi cengkerik kitorang dikejutkan dengan monyet berkeliaran sambil berlari lompat antara dahan ke dahan.Terkejut sekejap pengunjung yang leka mandi.
Suasana hutan yang berkabus selepas hujan lebat,bukan jerebu yea walaupun waktu tu Kuala Lumpur jerebu teruk.
* Maaf,gambar mandi keluarga tidak dapat disediakan atas sebab-sebab tertentu.
No comments:
Post a Comment