Thursday, 26 June 2014

Rally Racer Drift

SHARE games

Rally Racer Drift

v1.05 Mod [Unlimited Money]
OFFLINE PLAY

Link
http://www60.zippyshare.com/v/
39482180/file.html

Install apk .. Offline play

Monday, 23 June 2014

Lima Fasa: Bagaimana Untuk Berhenti Mengambil Makanan Dan Minuman Bergula

Anda ketagih gula? Tiba masanya untuk
mengembalikan minda anda kepada zaman sebelum mengenali gula.

Set semula deria rasa anda dan membasmi keinginan untuk makan makanan manis bukan sesuatu yang mudah, namun boleh dilakukan.
Sila cuba pelan lima fasa ini yang diadaptasi dari buku
Why Diets Fail: Because You’re Addicted to Sugar , oleh Nicole Avena, Ph.D.

FASA 1: Jauhi minuman bergula

Seseorang boleh minum sehingga 18 kg (70,000 kalori) gula terlarut dalam masa
setahun.
Minum minuman manis dan tiada serat (minuman ringan, air manis, minuman
kopi) meningkatkan tahap insulin anda dan menyebabkan anda rasa kepingin untuk makan. Dalam tempoh dua minggu, hentikan minum semua jenis minuman seperti itu.
Jika anda bosan minum air masak, minumlah kopi atau teh tanpa gula.

FASA 2: Jauhi makanan ringan bergula.

Kek, biskut, bar coklat—ucapkan selamat
tinggal. Jika boleh, pilih makanan segar
berbanding makanan yang diproses—kerana hampir 80% makanan diproses ditambah gula dalam kadar yang banyak.
Berhenti makan makanan manis yang anda paling gemar sekali, satu demi satu. Sehingga dua minggu berikutnya, berhenti terus dari makan semua makanan ringan bergula.
Pilih makan buah-buah kurang manis sekiranya anda terlalu teringin, contohnya, belimbing.

FASA 3: Kurangkan pengambilan kabohidrat mudah.

Sekiranya anda mengikuti dua fasa lepas,
anda telah mengurangkan separuh dari
kebergantungan terhadap gula—dan berat anda pasti sudah turun.

Seterusnya, sasarkan pada karbohidrat mudah, yang fungsinya sama seperti gula kepada badan anda. Buat senarai makanan yang diperhalusi (diproses) yang biasa anda makan, misalnya biskut kering, roti, mi/pasta, dan kurangkan satu demi satu dalam masa dua minggu.

Mula-mula cuba dengan mi. Misalnya jika anda biasa makan semangkuk mi, kurangkan pada setengah mangkuk, dan gantikan setengah mangkuk lagi dengan sayuran.

FASA 4: Gula tersembunyi.

Ini antara yang sukar dan boleh mengambil masa berminggu untuk dipelajari.
Pastikan anda periksa label kandungan pada bungkusan makanan sos, sambal, atau dressing untuk salad. Sekiranya anda lihat label “tanpa gula” berhati-hati kerana ada kalanya ia penuh dengan karbohidrat mudah.

FASA 5: Teruskan secara realistik.

Ia okay jika anda ingin menikmati manisan sekali-sekala, tetapi beri perhatian pada keinginan makan yang terhasil bila anda mengambil makanan bergula.
Sepotong kek mungkin cukup untuk seorang individu, namun bagi individu lain, sepotong kek menyebabkan dia ingin makan makanan manis lagi dan lagi sehingga menyebabkan ketagihan.

Faedah: Apabila anda dapat membuang
tabiat ini dan mengembalikan deria rasa
anda kepada normal, buah-buahan akan
terasa sangat manis—dan gula tambahan pada mana-mana makanan manis akan terasa manis melenting.

Laporan asal: Women’s Health Mag

Friday, 20 June 2014

Petua Khas Untuk Meredakan Kesakitan Gigi

Sakit gigi sememangnya merupakan sakit yang bukan kepalang pedihnya jika kita membiarkanya melarat.

Bagi yang pernah mengalaminya, anda pasti tahu akan kesakitan gigi ini amat
menyeksakan. Jika dibiarkan saja habis
seluruh badan boleh terasa kesakitan dan tak senang duduk dibuatnya.

Daripada dibiarkan melarat, eloklah
diikhtiarkan untuk ke klinik gigi untuk dicabut atau ditampal. Tetapi jika anda menghadapi kesakitan gigi pada waktu malam, atau waktu-waktu yang anda tidak berkesempatan untuk ke klinik, macam mana ya?

Anda boleh cuba salah satu daripada petua-petua ini, insyAllah sakit gigi akan
berkurangan:

Petua 1
Gigit tiga kuntum bunga cengkih di tempat yang sakit. Jikalau terdapat gigi yang berlubang, tumbuk sehingga lumat bunga cengkih tadi dan tampalkan ia ke dalam lubang gigi, seterusnya tutup dengan kapas.
InsyaAllah, sakit akan beransur kurang.

Petua 2
Bancuh sesudu kecil garam dalam secawan air panas. Setelah melarut, biarkan ia seketika agar ia suam. Kemudian gunakan untuk berkumur agar sakit gigi reda.

Petua 3
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan ia
pada gigi yang sakit itu. InsyaAllah sakit gigi anda akan cepat hilang.

Petua 4
Kunyahlah sirih yang dicampurkan dengan sedikit kapur dan letakkan ia pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan.

Petua 5
Ambil 10 helai daun sirih tua dan rebuskan ia dengan kuantiti air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan, berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

Petua 6
Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada
tempat yang sakit. Biarkan ia sekurang-
kurangnya dua jam dan biarkan agar dapat menghentikan rasa sakit.

Petua 7
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak hitam (habatussauda) kemudian letakkan ke dalam gigi yang berlubang.

Petua 8
Ambil daun serai dan lumatkan sehingga
hancur. Kemudian masukkan ke dalam air panas dan anda boleh tambahkan sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Petua 9
Ambi buah tomato muda kemudian
dibelahkan kepada dua, setelah itu
masukkan tomato bahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat, pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh.

Jika petua ini sesuai yang pasti anda tidak akan diulangi dengan sakit gigi lagi.
Selamat mencuba!

Tip Mudah Atasi Kesan Hangus Bawah Seterika

KAMI yakin dalam melakukan kerja-kerja
mengosok pakaian, anda pernah berhadapan dengan masalah bawah seterika yang hangus.

Akibatnya, kesan hangus tersebut boleh
tertinggal pada pakaian yang digosok,
sekaligus menyusahkan anda untuk
menanggalkannya.

Jika anda berdepan dengan masalah ini, apa kata anda cuba tip yang dikongsikan
menerusi laman web Impiana ini:

1. Hidupkan seterika pada kepanasan
sederhana.

2. Apabila seterika mulai menjadi panas,
letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang.

3. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk
sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap.

Ha, mudah bukan? Selamat mencuba!

Saturday, 14 June 2014

[MOVIE] Goal of the Dead (2014) BluRay 720p 800MB

[MOVIE] Goal of the Dead (2014) BluRay
720p 800MB

Single Link : http://idup.in/o9o870e3ljcz/
goalofthedeadbd72.Ganool.com.mkv.html

Cara untuk ketahui telur masih segar atau sebaliknya.

-INFO-

Cara untuk ketahui telur masih segar atau sebaliknya.

Bagusnya nanti bila nak masak dah boleh kurangkan risiko terkena jangkitan.

Isi air kedalam gelas yang berkaca atau yang berlutsinar.Ambil telur dan letakkan kedalam gelas tersebut.

Okay, lepas telur tu direndam,cara
seterusnya ditentukan dengan tengok kedudukan telur dalam air;

1. Sangat Segar- Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.

2. Berusia Seminggu-Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit

3. Berusia 3 minggu- Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’
akan naik ke atas.

4. Telur Busuk- Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air jadi janganlah dimakan pulak.

#perkongsian itu bagus#

Thursday, 12 June 2014

Tahukah Anda? YOUTUBE Dicipta Oleh Salah Seorang Lelaki Berbangsa Bangladesh?


Tahukah Anda? YOUTUBE Dicipta Oleh Salah Seorang Lelaki Berbangsa Bangladesh?

Antara pencipta Youtube ialah seorang
muslim.Jawed Karim ,Steve Chen dan
Chad Hurley menubuhkan Youtube pada
tahun 2005 untuk memberi peluang bagi
netizen untuk 'upload' dan menonton
video secara percuma.

Setahun selepas itu, Google membeli Youtube dengan harga US1.65billion.
Jawed Karim (35 tahun) ialah seorang
anak imigran dari Bangladesh dan
sekarang dia bernilai US140 juta.
Ayahnya berkahwin dengan seorang
german saintis, dan keluarga mereka
berpindah ke Amerika Syarikat pada
tahun 1999.

Ini menunjukkan seorang muslim boleh
bersaing dalam sektor teknologi jika dia
mencari ilmu dengan gigih. Satu inspirasi
kepada semua muslim di dunia ini.

Thursday, 5 June 2014

Mahukah Anda Minum Air Coke Selepas Ini?

(4 GAMBAR)Mahukah Anda Minum Air Coke Selepas Ini?

Seorang pemuda yang menggelar dirinya
Crazy Russian Hacker mahu merakamkan
satu eksperimen: apa terjadi jika anda
didihkan sebotol air minuman Coke?

Ia mengambil beberapa minit, tetapi
kesemuanya tersejat kecuali gula dan bahan
kimia yang lain.

Jadi, jika anda minum sebotol Coke, inilah setepek kandungan gula yang anda minum bersama bahan lain.

Minum air masak sajalah lepas ni. -_-

Wednesday, 4 June 2014

300 Rise Of An Empire (2014) BluRay

[MOVIE] 300 Rise Of An Empire (2014) BluRay

720p 800MB.

Single Link Download : http://idup.in/
0lwih2k8phll/300riseofanempir
ebd72.Ganool.com.mkv.html

Subtitle : http://subscene.com/subtitles/300-
rise-of-an-empire

Banjir Kilat Di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Banyak Kereta Tenggelam

Banjir Kilat Di Universiti Islam
Antarabangsa (UIA), Gombak, Banyak Kereta
Tenggelam

Hujan lebat petang tadi telah mengakibatkan
banjir kilat di kawasan Gombak, khususnya
di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Banyak kereta tenggelam kerana paras air yang tinggi malah khabarnya terdapat
asrama pelajar dinaiki air.
Pengguna MRR2 di Gombak juga nampaknya tersekat dalam kesesakan jalan raya yang amat teruk disebabkan banjir ini.

Jika anda memandu, cuba elakkan ke arah sana atau menggunakan MRR2 Gombak.

Tuesday, 3 June 2014

Farm Town v1.33 Mod Unlimited Gold & Diamond

Tajuk: Farm Town v1.33 Mod Unlimited
Gold & Diamond

Size: 39.48mb

Root: Tak perlu

Link: http://lenov.ru/engine/
download.php?id=7917

Cara Download & Install:
Step 1: Click link and Download
Step 2:Install
Step 3: Enjoy!!

Minecraft Pocket Edition v0.8.1

Tajuk :Minecraft Pocket Edition v0.8.1

Size: 10.29mb

Root :Tak perlu

Link Download : http://
www.apkfiles.com/apk-510/
minecraft-pocket-edition-v-0-8-1

Link Direct Download : http://
www.apkfiles.com/download/510/
Minecraft%20Pocket%20Edition%20v%
200.8.1.apk

Cara Download & Install:

For Link Download:
Step 1:Click Link Download
Step 2:Click Button Download
Step 3:Install

For Link Direct Download:
Step 1:Click Link Download
Step 2:Install