KAMI yakin dalam melakukan kerja-kerja
mengosok pakaian, anda pernah berhadapan dengan masalah bawah seterika yang hangus.
Akibatnya, kesan hangus tersebut boleh
tertinggal pada pakaian yang digosok,
sekaligus menyusahkan anda untuk
menanggalkannya.
Jika anda berdepan dengan masalah ini, apa kata anda cuba tip yang dikongsikan
menerusi laman web Impiana ini:
1. Hidupkan seterika pada kepanasan
sederhana.
2. Apabila seterika mulai menjadi panas,
letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang.
3. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk
sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap.
Ha, mudah bukan? Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment