Tuesday, 27 May 2014

Tip-tip Semasa Mengeluarkan Wang Di Mesin ATM


Kekerapan orang ramai menggunakan
perkhidmatan ATM untuk mengeluarkan
wang atau melakukan lain-lain transaksi
memberi peluang kepada penjenayah
melakukan rompakan dan kebanyakan kes
adalah disebabkan kecuaian pengguna itu
sendiri.

Antara modus operandi yang sering
digunakan oleh si penyamun ialah dengan
menggunakan taktik ‘tepuk bahu’ yang juga
merupakan cara paling licik dan tidak
disedari oleh pengguna.
Walaupun jenayah ‘tepuk bahu’ di ATM
jarang dilaporkan berbanding dengan
jenayah lain, namun perkara seperti ini perlu
dititikberatkan pengguna khususnya
golongan wanita dan pelajar.

Jika ingin mengeluarkan wang di ATM,
pastikan anda berteman dan pergi ke
kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai
untuk mengelak jenayah ini.
Memetik kes yang pernah dilaporkan oleh
Sinar Harian, seorang mangsa yang dikenali
sebagai Azmi sedang mengeluarkan wang di
mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
berhampiran kawasan pejabatnya.

Sedang dia mengambil wang yang telah
dikeluarkan di ATM terbabit, tiba-tiba
bahunya ditepuk daripada belakang oleh
seseorang yang tidak dikenali memberitahu
duitnya terjatuh.
Selepas mengambil duitnya yang ‘terjatuh’
itu, dia terkejut apabila mendapati duit yang
dikeluarkan di ATM tadi sudah lesap.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti
ini? Jika anda pernah mengalaminya, anda
mungkin menjadi antara ribuan mangsa si
penyamun yang sentiasa ‘dahagakan’ wang
ringgit.
Di sini terdapat tip-tip yang harus anda
amalkan ketika menggunakan perkhidmatan
ATM ialah:

Sasaran mangsa si penyamun
-Orang yang mendapat gaji pada hujung
bulan
-Golongan wanita
-Mereka yang bersendirian di mesin ATM
-Orang yang mengeluarkan wang pada
waktu malam
-Orang yang kerap mengambil wang dalam
tempoh masa yang tetap seperti ahli
perniagaan
-Leka mengira wang tunai di hadapan mesin
ATM
-Berbual dengan orang yang tidak dikenali
ketika di mesin ATM
Tips pencegahan
-Keluarkan wang ketika diwaktu yang
mempunyai orang ramai terutamanya pada
waktu tengah hari.
-Bawa teman ketika mengeluarkan wang di
mesin ATM.
-Sekiranya anda berasa curiga dengan orang
yang berada di kawasan ATM, segera
hubungi pihak polis.
-Jangan beritahu maklumat bank anda
kepada orang lain.
-Jangan melayan sesiapa semasa membuat
transaksi di ATM
-Pastikan nombor pin tidak terdedah ketika
membuat transaksi.
-Jangan berlengah-lengah di kawasan ATM
tersebut. Terus beredar.
-Jika seseorang tidak dikenali datang
menghampiri setelah mengeluarkan wang,
terus masuk ke dalam kereta dan kunci
kemudian beredar dari situ. Bersedia untuk
menekan hon kereta jika perkara tidak
diingini berlaku.

Bak kata pepatah, ‘sediakan payung
sebelum hujan’.

Sunday, 25 May 2014

Foto Persahabatan Antara Beruang, Singa dan Harimau

Foto Persahabatan Antara
Beruang, Singa dan Harimau

Jika anda berfikir beruang, singa dan
harimau tidak boleh bersama secara damai,
kisah berikut akan membuat anda berfikir
dua kali.

'BLT' adalah trio yang terdiri dari
Baloo beruang hitam Amerika, Leo Singa
Afrika, dan Shere Khan Harimau Bengal.
Mereka tinggal bersama di kandang yang
sama di Noah 's Ark, tempat perlindungan haiwan non-profit di Locust Grove, Georgia di Amerika Syarikat.

Ketiga haiwan tersebut ditemui di sebuah bilik bawah tanah di sebuah rumah di Atlanta pada tahun 2001.
Ketika ditemui, ketiga-tiganya ketakutan,
kurang pemakanan, dan mempunyai luka
yang dijangkiti.

Kini ketiga haiwan buas
tersebut dapat hidup bersama.

Friday, 23 May 2014

Perbezaan Antara Filem/ Drama MELAYU, CINA dan INDIA

Berikut adalah perbezaan antara filem/
drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa
nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi
Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2.    Walau pun cerita pasal awek kilang,
rumah awek kilang ni mesti complete
furnished. Ada TV 42", Home Teatre, peti
sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak
buat home work ker? Pegi la tengok umah
awek kilang kat Sungei Way tu).

3.    Cerita polis lak, dialah pegawai
penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi
pathologist, dialah yang gi ambush.
Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog
pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut
siasat dengan lebih terperinci tuan". "
Betul cadangan awak itu. Kita bertindak
sekarang".

4.    Kalau cerita pasal Construction,
bawak satu pelan gulung, pakai topi
KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan
tengah buat, discuss dengan 'kepala'
Indon komplen kenapa projek lambat siap
kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja
buruh la bang).

5.    Adegan doktor kat Wad check pesakit.
Ambik fail hujung katil, selak-selak.
Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah
baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa
makan ubat ". (Woi bang, tengokla cerita
ER tu, Dr ada medical terms dia).

6.    Adegan kat umah. Ayah mesti tengah
baca paper, Mak mesti tengah menjahit
atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh
pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak
Nab atau Mak Jah.

7.    Nak panjangkan rakaman filem mesti
ada adegan kereta sampai kat umah,
bukak pintu kereta, bukak pintu pagar,
masuk balik kereta, drive masuk car
porch, keluar, tutup pintu pagar.

8.    Adegan sembahyang mesti dah salam
akhir or adegan mengaji Quran mesti dah
sampai part sadakallah hulazim. (Cover
line kot .

9.    Gangster atau kuncu orang jahat
mesti pakai baju takder lengan, pakai
rantai dan pakai bracelet.
10.  Nak bagi sedih gila, mesti buat
adegan dah tahu nak mati pasal kena
barah otak.

Drama/Filem Cina.

1.    Cerita Kungfu, hero terror boleh
terbang. Tapi sambung pengembaraan
mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek.
Kan cepat sampai.

2.    Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada
sekeping or 2 keping duit siling kat celah
lengan besar jubah dia.

3.    Kalau cerita moden hero boleh lawan
dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4.    Biasalah, kalau kena tembak mesti kat
bahu or kat kaki. Tak mati.

5.    Heroin mesti jadi bini or girlfriend
boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6.    Hero mesti menembak pakai 2 pistol,
kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt
dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best
ooo.....

7.    Pistol hero mesti peluru tak habis2.
Tak payah reload.

8.    Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai
bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling
mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak
seram pun ).

9.    Kalau cerita lucu plak, mesti ada
adegan air liur meleleh keluar mulut
macam air paip.

Drama/Filem India/Hindustan.

1.    Biasalah, kebanyakan cerita bermula
dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela
oleh orang jahat dan sorang lagi dibela
oleh orang baik. Dah besar, abang jadi
Inspektor Sahab dan adik jadi gangster.
Nak abih cerita mesti adik kena tembak
ngan abang dan waktu nazak baru si
abang tahu yang dia tembak tadi adalah
adiknya sendiri melalui tanda parut.

2.    Orang jahat digambarkan tersangat
jahat sampai lembu pun takut.

3.    Selalunya depa suka ciplak bulat2
filem barat macam Pretty Woman, Face Off
dan Heat.

4.    Paling pendek pun jangkamasa
tayangan adalah 3 jam.

5.    Orang jahat dan hero payah nak mati
walaupun kepala dah kena ketuk dengan
tukul besi.

6.    Hero tak kena tembak walaupun
ditembak dari jarak satu kaki.

7.    Adegan joget sambil menyanyi akan
melibatkan penari iringan seramai satu
kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang
pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk
satu lagu.

8.    Adegan keretapi tak leh tertinggal.
Joget reramai sampai atas bumbung
keretapi.

9.    Kalau cerita moden, dialog mesti
bercampur bahasa omputeh dan Hindi.
Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na
pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.

10.  Biasanya plot dan jalan cerita da
boleh baca apa penyudahnya. Tu yang
pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman
tuan2 director filem.

Fishing Paradise 3D APK v1.1.8.2 Mod [Unlimited Coins & Shiners]

Fishing Paradise 3D APK v1.1.8.2 Mod
[Unlimited Coins & Shiners]

Link

APK : http://www37.zippyshare.com/
v/82000139/file.html ( 33.69mb )

- Install APK
- Run game ONLINE

Temple Run 2 1.9 MOD APK(Unlimited Gold Coins/Gems)

Temple Run 2 1.9 MOD APK(Unlimited
Gold Coins/Gems)

Link

http://www.datafilehost.com/
d/19de2383 ( 48.52mb )

Download & install APK
Play Game

1 Malaysia TV-66 Channels HD

1 Malaysia TV - 66 Channels HD

Link

https://www.dropbox.com/s/
r0ixxxzoyrnhg0d/1MalaysiaTV_66_
Channels.apk

Malaysia TV Pro (Sama macam versi atas,
cuma tukar interface je)

Link

https://www.dropbox.com/s/
rc6f2qlraikvjje/MalaysiaTV_PRO.apk

Download,install mcm biasa,run.

Metal Slug Defense v1.0.0 APK Mod

Metal Slug Defense v1.0.0 APK Mod(Balik ke zaman game dulu-dulu,hehehehe)

[Unlimited MSPoint / Medal]

LINK

http://www15.zippyshare.com/
v/46040269/file.html ( 21.17mb )

Arahan

- Downland & install APK

- Run ONLINE dulu sebab ada data 40mb
nak masuk lagi

- *Kalau kuar bahasa cina tekan BACK
saja

Candy Crush Saga Mod APK

Candy Crush Saga Mod(maksudnya tak payah nak mintak nyawa bagai)

FOR ANDROID USER ONLY

Hack Features

- 9999 Lives / 9999 Nyawa- 200 Moves
(first 5 levels 30 moves) / 200 moves (5
level pertama 30 moves)

- No Choco Factories / kilang choco
dihapuskan

- 4 Color Candy / Candy 4 warna

- No Tickets / Tak payah pakai ticket

Link

CCS Mod APK v1.30.1 Mod
http://www15.zippyshare.com/
v/29032291/file.html

Arahan

1. Uninstall Facebook Apps
2. Uninstall original Candy Crush
3. Install Candy Crush Mod ini, connect ke
Facebook
==================================

Facebook Tranparent APK(Interface lama)

*Dinasihatkan sila setting Playstore anda
dengan "Do not auto-update apps" untuk
mengelakkan daripada bertukar kepada FB
interface baru

Facebook Transparent (Interface Lama)

*Boleh letak gambar di komen di
sesetengah post, Tak boleh download
video

Link

Versi 7.0.22.28
https://www.dropbox.com/s/
dtd6ieiox6z7hu1/FBTransparent.apk
==================================
=================
Arahan

- Clear cache dan data FB lama
- Uninstall FB lama
- Install FB baru versi pilihan anda

***FB Apps V7/V8/V9/10 ini masih di
peringkat beta version. Maka terdapat bug
di sana sini. Harap maklum.

Google Play Store APK

Google Play Store

Link

v4.8.19
https://www.dropbox.com/s/
ni7nsrwqlcxqtsr/
com.android.vending-4.8.19.apk

v4.6.17
https://app.box.com/s/
er7z2vybzm9u3ufcu203

Arahan

1. Download APK daripada salah satu
versi yang anda suka

2. Install APK seperti biasa.

Pou Games APK Unlimited Coin

Pou APK v1.4.39 MOD Coin

Link

http://www76.zippyshare.com/
v/92355811/file.html (16.68mb)

Arahan

- Install APK & sedia mengepow

Whatsapp Plus Crack APK

Boleh Hide Last Seen

Emoji baru diletakkan pada tab baru.

Link

Versi 5.65C [Latest]
https://www.dropbox.com/s/
mpshgiimyjawub3/WhatsAppPlus_5.65C_
by_OG.apk

Versi 5.62C
https://www.dropbox.com/s/
crmj5nwvyn5bp7t/WhatsAppPlus_5.62C_
by_OG.apk

Versi 5.50C
https://www.dropbox.com/s/
tlfq35ys4xi0ju0/WhatsAppPlus_5.50C_
by_OG.apk

- Download Whatsapp Plus Crack ini

- Backup Conversation Whatsapp sedia ada

- Uninstall Whatsapp lama

- Install Whatsapp Plus Crack ini

- Masuk nombor telefon

- Restore mesej Whatsapp

Last Hope-Zombie Sniper 3D Games APK

Name of games:Last Hope-Zombie sniper

3D

For Android only

version:v3.6.4

Name of cheat-Unlimited silver

Manual Step:

DOWNLOAD,INSTALL APK DAN BOLEH
MAIN TERUS.

Layaann..

Download link dibawah>>>>

http://www14.zippyshare.com/v/90936395/file.html

Subway Surfers Games APK

Subway Surfers Games

apk v1.23.1

Mod [Keys and unlimited Coins /
Unlocked]

(31.4mb )

= click DOWNLOAD NOW.
* install APK & PLAY
TQ

Klik link disini->>>http://www1.zippyshare.com/v/66530866/file.html

Wednesday, 21 May 2014

MENGAPA RASULULLAH S.A.W. MELARANG UMATNYA MINUM BERDIRI?

MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG
MINUM SAMBIL BERDIRI?
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu
minum sambil berdiri”.
---Dari segi kesihatan----
Air yang masuk dengan cara duduk akan
disaring oleh sfringer.
Sfringer adalah suatu struktur muskular
(berotot) yang boleh membuka (sehingga air
kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan
pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di
ginjal.
Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita
minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing.
Ketika menuju kandungan air kencing itu
terjadi pengendapan di saluran sepanjang
perjalanan (ureter).
Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di
ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal.
Salah satu penyakit ginjal yang sungguh
berbahaya.
Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini
berhubungan dengan saluran yang sedikit
demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia
melarang seseorang untuk minum sambil
berdiri".
Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya
kepada Anas tentang makan. Ia menjawab
bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk, apa yang diminum atau
dimakan oleh seseorang akan berjalan pada
dinding usus dengan perlahan dan lambat.
Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan
menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras
ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu
lama maka akan menyebabkan membesar dan
jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan
disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum
sambil berdiri, maka itu disebabkan ada
sesuatu yang menghalangi beliau untuk
duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada
tempat-tempat suci, bukan merupakan
kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan
tegang, organ keseimbangan dalam pusat
saraf sedang bekerja keras, supaya mampu
mempertahankan semua otot pada tubuhnya,
sehingga boleh berdiri stabil dan dengan
sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang
melibatkan semua susunan saraf dan otot
secara bersamaan, yang menjadikan manusia
tidak boleh mencapai ketenangan yang
merupakan syarat terpenting pada masa
makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada
masa duduk, di mana saraf berada dalam
keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga
sistem pencernaan dalam keadaan sedia
untuk menerima makanan dan minum dengan
cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada
masa berdiri, boleh memberi kesan pada
refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf
kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak
tersebar pada lapisan endotel yang
mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan
tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak
berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang
parah, untuk menghantarkan detik mematikan
bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan
atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara
terus-menerus sangat membahayakan
dinding usus dan memungkinkan terjadinya
luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut
95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa
berlaku perlanggaran makanan atau minuman
yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada
masa berdiri disertai pengecutan otot pada
kerongkong yang menghalang jalannya
makanan ke usus secara mudah, dan kadang-
kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat
yang mengganggu fungsi pencernaan, dan
seseorang boleh kehilangan rasa selesa
semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w.
dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging
yang dikeringkan diatas talam sambil duduk
bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang
perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah
s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:
"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya
seorang hamba, maka duduk seperti duduk
budak dan makan seperti makan budak."
Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita
itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada
sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah
sebagaimana sabdanya,
"Sesungguhnya Aku tidak makan secara
bertelekan"
(HR Bukhari).
Subhanallah, setiap perintah dan larangan
Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN
MINUM AIR MASAK..
Minum 2 gelas air setelah bangun tidur –
Dapat membersihkan organ-organ internal.
Minum segelas air 30 minit sebelum makan -
Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan
dan ginjal.
Minum segelas air sebelum mandi -Dapat
menurunkan tekanan darah.
Minum segelas air sebelum tidur -Dapat
mencegah stroke dan serangan jantung.
INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang
terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak
kemudian disejukkan......juga dipanggil air
jarang....
“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman,dan yang beramal soleh dan yang
berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang
berpesan-pesan kepada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.
Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan
minum air secara duduk yang kita sendiri pun
tidak tahu.
Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita
cara minum dengan baik tanpa berdiri.
Begitu juga...kita dilarang MAKAN
BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!
Indahnya Islam jika penuh dengan adab.

Tips Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

TIPS MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG
1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi
dua liter sehari terutama orang yang bekerja
kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari
memakan kacang tanah, kacang putih dan
segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk
kering seperti asam boi dan buah kana.
2. Memakan mi segera seperti mi maggi dan
makanan rapu seperti twisties, chikadess,
serta mi kuning dan roti canai memudahkan
penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan
mi kuning dengan spageti dan roti canai
dengan capati dan tosei)
3. Minuman seperti Nescafe, air Sunquick,
oren squash dan segala minuman berperisa
juga perlu dielakkan kerana kandungan utama
minuman ini mempunyai bahan kimia
pewarna dan perisa. Meminum teh kedai juga
wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh
‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan
kimia pewarna dan perisa.
4. Pengambilan Coklat perlu dielakan dan
meminimunkan pengambilan air milo dan
gantikannya dengan horlick , dilarang sama
sekali pengambilan minuman bergas kerana
merosakkan buah pinggang.
5. Kurangkan pengambilan ayam daging
kerana mengandungi beta agonist dan
pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini
dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja
akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan
dengan ayam kampung atau ayam dijual
dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam
ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah lebih baik dari mengubati.

Sunday, 18 May 2014

Bertemu Langsuir Ketika Memancing

Bertemu Langsuir Ketika Memancing
Salam sejahtera. Manusia merupakan
sebaik-baik makhluk ciptaan tuhan di alam
maya ini. Firman Allah s.w.t. dalam al-
Quran bermaksud: "Sesungguhnya kami
telah jadikan manusia sebaik-baik
ciptaan". Manusia juga dikurniakan
sesuatu yang tidak ada pada sebarang
makhluk lain... sesuatu yang disebut
sebagai akal. Namun seringkali manusia
sendiri tidak tahu menghargai pemberian
tersebut, lalu mempersia-siakannya.
Hari sudah melangkah ke petang. Sebaik
selesai menunaikan fardhu zohor, aku
bergegas ke belakang rumah. Persediaan
belum aku buat, sedangkan bila-bila masa
dari sekarang bapa saudaraku akan
sampai. Kami sudah sepakat untuk pergi
memancing di Pulau Indah. Cuti
persekolahanku kali ini dimulakan dengan
aktiviti yang memang aku minat semenjak
kecil lagi, memancing.
"Assalamualaikum...! Lan!." Ahh.. pakcikku
dah sampai. "Dah siap ke belum?",
laungnya lagi.
"Waalaikumussalam. Sini pakcik! Dah siap
dah."
Setelah memeriksa semua keperluan, kami
berangkat meninggalkan perkarangan
rumah. Empat batang joran bersama
keperluannya seperti mata kail, batu ladung
dan sebagainya ada kami bawa bersama.
"Kita cari umpan dalam perjalanan nanti",
kata pakcik.
"Okey", kataku sepatah. "Cantekkkkk,"
hatiku pula bersuara.
Perjalanan melalui lebuhraya agak
membosankan. Aku menghidupkan radio
bagi menghilangkan suasana sunyi. Pakcik
terus memandu dengan tenang.
"Yeaaa... kita bersama lagi petang ini
dengan lagu pembukaan yang digilai ramai
sekarang, Isabella...".
Suara juruhebah kesukaan ramai, Jond,
berkumandang di udara. Aku juga salah
seorang peminat setianya.
Persembahannya memang hebat.
Aku melayan perasaan sendiri. Pakcikku
bersiul kecil mengikut rentak lagu yang
sedang berkumandang. Aku ikut terhibur.
Selang beberapa minit, pakcikku
menghentikan kereta di bahu jalan.
"Ada orang jual umpan tu. Mari kita
tengok."
Sebaik selesai urusan membeli umpan,
kami meneruskan perjalanan. Kami hanya
memerlukan lebih kurang setengah jam
sahaja untuk sampai ke tempat tujuan.
Kehijauan pepohon bakau melenyapkan
terus keletihan. Alangkah cerianya
beburung berterbangan bebas. Terlupa
seketika bahawa aku akan menduduki
peperiksaan PMR tak lama lagi.
"Meh sembahyang asar dulu."
Aku mengambil wudhuk dan kami
berjamaah. Selesai berdoa, kami
mengambil joran masing-masing dan mula
memasang mata kail. Aku yang sudah
biasa dengan joran dan kail, tidak berasa
kekok lagi. Semuanya aku buat sendiri.
Kelihatan beberapa orang sedang leka
dengan kail masing-masing. Ada juga yang
sekadar menonton.
Zuuppppp... Aku melepaskan tali pancing.
Kami mula menunggu, setelah semua joran
dipasang. Moga-moga kami berjaya hari
ini, insya Allah.
Matahari sudah mula terbenam, namun
joran kami masih belum terusik. Sesudah
beberapa kali memasang umpan, hanya
riak halus air yang kelihatan. Kami ambil
keputusan untuk bersolat dahulu.
Sesudah solat, kami makan nasi bekal
yang disediakan oleh ibu di rumah tadi,
sambil sedia untuk bertindak andainya
pancing terusik. Sesudah makan, kami
kembali tumpukan perhatian kepada
pancing.
"Isy... kenapa tak ada sekor pun naik ni?",
bisik hati aku. "Belum rezeki agaknya..."
Ketika aku asyik memerhatikan permukaan
air, mataku tertumpu ke arah sesuatu yang
kelihatan seperti cahaya, kira-kira 5 meter
dari tempat aku duduk. Aku mula
memerhatikan objek tersebut yang
berkelakuan seperti seekor pepatung yang
seringkali kelihatan bermain-main di
permukaan air.
"Apa tu aaa...? Kalau pepatung takkan
cerah sangat cahayanya tu." Namun kata-
kata itu tidak aku tuturkan.
Cahaya tersebut semakin pudar dan dengan
perlahan terbentuk suatu objek lain yang
sesunggunya menyebabkan aku tergamam.
Jelas di hadapanku, kelihatan satu
lembaga berbentuk kepala. Mukanya hodoh
dan berambut panjang mengurai.
Aku mula menggigil, tapi mulutku benar-
benar terkunci. Pakcikku yang tadi berada
tidak jauh dariku kini sudah hilang. Aku
berasa amat takut. Lembaga tersebut
menggebang-gebangkan rambutnya seperti
sayap burung dan memandang ke arahku.
Matanya yang merah membuatkan aku
semakin takut.
Tiba-tiba aku rasa seluarku basah.
Serentak dengan itu, bahu aku ditepuk dari
belakang.
"Lan! Lan oii...! Kau tengok apa tu?"
Mulutku cuba untuk-untuk berkata-kata
tapi tak berdaya. Mataku tetap memandang
ke arah lembaga tersebut yang kelihatan
semakin kabur. Seketika kemudian, ia
lenyap sepenuhnya. Aku tetap tak boleh
bercakap, walaupun aku sedar dengan apa
yang berlaku di sekelilingku. Pakcikku
terus memanggil-manggil namaku.
Semakin lama aku rasa semakin lemah dan
akhirnya aku pengsan.
Keesokannya, aku mula sedar. Aku berada
di rumah dan ibuku berada di sebelah.
"Mana pakcik?" spontan aku bersuara.
"Pakcik ada kat luar tu...", ibuku
menjawab.
Aku rasa badanku lemah, tapi aku masih
boleh melangkah perlahan-lahan ke
serambi rumah.
Pakcikku yang sedang leka
menghembuskan asap rokoknya, lantas
membetulkan duduknya apabila aku bersila
berhampiran dengannya.
"Kau kena sampuk semalam agaknya".
Pakcikku bersuara sambil tergelak kecil.
Aku cuma mendengar apa yang
diceritakannya. Katanya, dia lihat aku
seolah-olah dipukau sesuatu dan langsung
tak hiraukan panggilannya. Dia terus
mengangkat semua joran dan
mengemaskan barang. Aku kemudiannya
didukung masuk ke kereta dalam keadaan
kejang, seperti terkena kejutan elektrik.
Aku tak dapat huraikan sepenuhnya bentuk
lembaga tersebut kerana setiap kali
teringat, aku akan berasa takut. Sehingga
ke hari ini, aku tidak berani memancing
pada waktu malam. Mungkin aku dah kena
fobia agaknya.