Berikut adalah perbezaan antara filem/
drama MELAYU, CINA dan INDIA.
Drama/Filem Melayu
1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa
nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi
Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang,
rumah awek kilang ni mesti complete
furnished. Ada TV 42", Home Teatre, peti
sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak
buat home work ker? Pegi la tengok umah
awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai
penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi
pathologist, dialah yang gi ambush.
Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog
pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut
siasat dengan lebih terperinci tuan". "
Betul cadangan awak itu. Kita bertindak
sekarang".
4. Kalau cerita pasal Construction,
bawak satu pelan gulung, pakai topi
KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan
tengah buat, discuss dengan 'kepala'
Indon komplen kenapa projek lambat siap
kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja
buruh la bang).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit.
Ambik fail hujung katil, selak-selak.
Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah
baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa
makan ubat ". (Woi bang, tengokla cerita
ER tu, Dr ada medical terms dia).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah
baca paper, Mak mesti tengah menjahit
atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh
pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak
Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti
ada adegan kereta sampai kat umah,
bukak pintu kereta, bukak pintu pagar,
masuk balik kereta, drive masuk car
porch, keluar, tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam
akhir or adegan mengaji Quran mesti dah
sampai part sadakallah hulazim. (Cover
line kot .
9. Gangster atau kuncu orang jahat
mesti pakai baju takder lengan, pakai
rantai dan pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat
adegan dah tahu nak mati pasal kena
barah otak.
Drama/Filem Cina.
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh
terbang. Tapi sambung pengembaraan
mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek.
Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada
sekeping or 2 keping duit siling kat celah
lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan
dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat
bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend
boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol,
kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt
dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best
ooo.....
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2.
Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai
bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling
mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak
seram pun ).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada
adegan air liur meleleh keluar mulut
macam air paip.
Drama/Filem India/Hindustan.
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula
dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela
oleh orang jahat dan sorang lagi dibela
oleh orang baik. Dah besar, abang jadi
Inspektor Sahab dan adik jadi gangster.
Nak abih cerita mesti adik kena tembak
ngan abang dan waktu nazak baru si
abang tahu yang dia tembak tadi adalah
adiknya sendiri melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat
jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2
filem barat macam Pretty Woman, Face Off
dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa
tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati
walaupun kepala dah kena ketuk dengan
tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun
ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan
melibatkan penari iringan seramai satu
kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang
pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk
satu lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal.
Joget reramai sampai atas bumbung
keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti
bercampur bahasa omputeh dan Hindi.
Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na
pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da
boleh baca apa penyudahnya. Tu yang
pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.
Sekian laporan ikhlas untuk pedoman
tuan2 director filem.
No comments:
Post a Comment