perkhidmatan ATM untuk mengeluarkan
wang atau melakukan lain-lain transaksi
memberi peluang kepada penjenayah
melakukan rompakan dan kebanyakan kes
adalah disebabkan kecuaian pengguna itu
sendiri.
Antara modus operandi yang sering
digunakan oleh si penyamun ialah dengan
menggunakan taktik ‘tepuk bahu’ yang juga
merupakan cara paling licik dan tidak
disedari oleh pengguna.
Walaupun jenayah ‘tepuk bahu’ di ATM
jarang dilaporkan berbanding dengan
jenayah lain, namun perkara seperti ini perlu
dititikberatkan pengguna khususnya
golongan wanita dan pelajar.
Jika ingin mengeluarkan wang di ATM,
pastikan anda berteman dan pergi ke
kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai
untuk mengelak jenayah ini.
Memetik kes yang pernah dilaporkan oleh
Sinar Harian, seorang mangsa yang dikenali
sebagai Azmi sedang mengeluarkan wang di
mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
berhampiran kawasan pejabatnya.
Sedang dia mengambil wang yang telah
dikeluarkan di ATM terbabit, tiba-tiba
bahunya ditepuk daripada belakang oleh
seseorang yang tidak dikenali memberitahu
duitnya terjatuh.
Selepas mengambil duitnya yang ‘terjatuh’
itu, dia terkejut apabila mendapati duit yang
dikeluarkan di ATM tadi sudah lesap.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti
ini? Jika anda pernah mengalaminya, anda
mungkin menjadi antara ribuan mangsa si
penyamun yang sentiasa ‘dahagakan’ wang
ringgit.
Di sini terdapat tip-tip yang harus anda
amalkan ketika menggunakan perkhidmatan
ATM ialah:
Sasaran mangsa si penyamun
-Orang yang mendapat gaji pada hujung
bulan
-Golongan wanita
-Mereka yang bersendirian di mesin ATM
-Orang yang mengeluarkan wang pada
waktu malam
-Orang yang kerap mengambil wang dalam
tempoh masa yang tetap seperti ahli
perniagaan
-Leka mengira wang tunai di hadapan mesin
ATM
-Berbual dengan orang yang tidak dikenali
ketika di mesin ATM
Tips pencegahan
-Keluarkan wang ketika diwaktu yang
mempunyai orang ramai terutamanya pada
waktu tengah hari.
-Bawa teman ketika mengeluarkan wang di
mesin ATM.
-Sekiranya anda berasa curiga dengan orang
yang berada di kawasan ATM, segera
hubungi pihak polis.
-Jangan beritahu maklumat bank anda
kepada orang lain.
-Jangan melayan sesiapa semasa membuat
transaksi di ATM
-Pastikan nombor pin tidak terdedah ketika
membuat transaksi.
-Jangan berlengah-lengah di kawasan ATM
tersebut. Terus beredar.
-Jika seseorang tidak dikenali datang
menghampiri setelah mengeluarkan wang,
terus masuk ke dalam kereta dan kunci
kemudian beredar dari situ. Bersedia untuk
menekan hon kereta jika perkara tidak
diingini berlaku.
Bak kata pepatah, ‘sediakan payung
sebelum hujan’.
No comments:
Post a Comment